Pages

Tuesday, November 05, 2013

assalamualaikum..




okeyh.. since long time ak x 2lis blog.. series!!! sgt lme.. 2 taon kowt.. byk da prubahan yg berlaku dlm hidop ak..  okeyh.. kat post nie ak nk ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1435.. smoga thn bru nie lbeyh baek dri taon2 sblum nie ye.. sme2 kite berdoa.. okeyh.. meh admin nk share ap kebaikan 1-10 MUHARRAM.. sme2 kite ambik kberkatan ye..

barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’,  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’,  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.
 Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari.
  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’;
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’;
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’;
  • dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’;
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’;
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’;
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’;
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’
Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa’.
Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;
Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa’;  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”.  Maka sabda Nabi SAW.;  “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”.  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.
Abul Laits berkata;
Dinamakan  Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;
  • 1.  Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  • 2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  • 3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  • 4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  • 5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  • 6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  • 7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  • 8.  Allah menenggelamkan Fir’aun
  • 9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  • 10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ .  Sebahagian lain berpendapat,  dinamakan hari Assyuuraa’kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.
  • 1.  Bulan Rejab.  Allah menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
  • 2.  Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  • 3.  Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  • 4.  Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  • 5.  Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  • 6.  Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  • 7.  Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  • 8.  Hari Aidul Adha iaitu hari berqurban.
  • 9.  Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  • 10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.
Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.. WAALLAHUALAM

No comments:

Post a Comment